RSS

Senggugut Semasa Haid – Panduan Mengurangkan Kesakitannya

23 Aug

Haid atau menstruasi adalah keluarnya darah dari vagina kerana luruhnya lapisan dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. Kebanyakan senggugut berlaku apabila lapisan dinding rahim ini runtuh. Ramai daripada kaum wanita merasa tidak selesa semasa tempoh ini, dan lebih separuh daripada mereka mengalami kesakitan untuk satu atau dua hari setiap bulan. Inilah punca nombor satu wanita tidak hadir ke sekolah dan tempat kerja mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan di Amerika Syarikat.

Senggugut yang kuat sehingga membataskan aktiviti yang biasa anda buat dikenali sebagai “dismenorea” atau nyeri haid.¬† Dalam kebanyakan kes, ia boleh dirawat. Antara gejala dismenorea termasuklah kejang dan sakit di bahagian bawah perut atau belakang, bahagian dalam paha rasa seolah ditarik-tarik, cirit-birit, muntah-muntah, sakit kepala dan pening.

Seseorang itu lebih kemungkinan mengalami sakit menstruasi jika mereka :

  • mempunyai darah haid yang banyak,
  • merokok,
  • minum alkohol,
  • mula baligh lebih awal (kurang daripada usia 11 tahun), atau
  • jika tempoh menstruasi mereka lebih daripada lima hari.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan menstruasi adalah:

  • berzikir, cuba bertenang, jangan fokuskan kepada sakit
  • bersenam,
  • yoga – posisi yang sesuai adalah “boat pose” setiap malam sebelum tidur
  • dapatkan tidur yang cukup,
  • makanan makanan mengandungi Thiamina (vitamin B1). Tiamina¬† terdapat di dalam bijirin sarapan, kekacang, dan daging. Vitamin B6 dan kalsium juga mungkin membantu.
  • gunakan pad panas atau mandi menggunakan pancuran air hangat. Pad panas boleh dibuat sendiri dengan membalut botol air berisi air panas dengan tuala.
  • rendam hirisan halia di dalam segelas air panas. Biarkan ia sejuk, kemudian minum. Halia membantu merehatkan otot rahim.
  • Urut di bahagian perut, belakang dan pinggang untuk merehatkan otot di bahagian tersebut.
  • mengambil pil tahan sakit bersesuaian sebaik sahaja gejala mula dirasai. Sila dapatkan nasihat doktor dahulu.
  • pil perancang dan lain-lain kaedah kawalan kontrasepsi menggunakan hormon membantu mengawal lapisan dinding rahim jadi kurang prostaglandin dihasilkan; kurang prostaglandin bermakna kurang kontraksi dan kuranglah sakit.
  • acupressure dan akupuntur.
  • Minum air kurma merah setiap hari. Ia akan melancarkan perjalanan darah dan memberi tenaga bagi wanita yang sedang haid.

Berjumpalah doktor jika kesakitan semasa haid adalah sangat kuat atau lebih daripada dua atau tiga hari. Anda juga hendaklah berjumpa dengan doktor jika anda:

  • mengalami demam,
  • darah haid berbau busuk,
  • discaj pada vagina yang luar biasa atau banyak,
  • haid anda lambat selama seminggu, atau
  • kesakitan ini datang bukan pada waktu haid.

Tahukah anda?

ramai wanita yang mengatakan sakit senggugut mereka berkurangan selepas melahirkan anak.
semakin meningkat umur seseorang wanita itu, semakin berkurangan sakit menstruasinya.

Sumber: http://ratuhati.com/artikel/item/1408-haid-dan-senggugut-panduan-mengurangkan-kesakitannya

About these ads
 
Leave a comment

Posted by on August 23, 2011 in Senggugut

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: