RSS

Masalah Uban – Kenapa Ia Terjadi & Cara Untuk Mengatasinya

05 Sep
Masalah Uban – Kenapa Ia Terjadi & Cara Untuk Mengatasinya

Adakah anda semua mengalami masalah uban? Asal warna rambut bagi orang melayu atau orang asia adalah warna hitam tetapi kadang-kadang kita lihat mereka yang berumur 40-50 tahun kelihatan ada helaian rambut yang warna putih, rambut yang warna putih itu adalah uban.

Bagaimana terjadinya uban?

Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian kulit rambut kepala. Dibawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin, melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi.

Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan terjadinya uban, pertama adalah:

1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.

2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.

3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.

Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:

1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.

2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.

3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.

Oklah, semua kenyataan diatas adalah diperolehi melalui pembacaan penulis dan juga pengalaman dan pemerhatian.

Semoga bermanfaat

Jika anda ingin mencuba produk alternatif untuk melebatkan rambut, salah satu yang dicadangkan ialah Super Lebat Cream (Krim Pelebat Rambut).

Lihat gambar di bawah:

>> Klik Disini Untuk Info Lanjut Super Lebat Cream <<

About these ads
 
Leave a comment

Posted by on September 5, 2011 in Rambut, Uban

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: