RSS

Category Archives: Angin Pasang

Awas Gejala Angin Pasang

MEREKA yang mengalaminya sering terkeliru. Apabila dalam kedudukan berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal, seolah-olah dapat merasakan ada sesuatu yang bengkak di celah paha atau kelangkang.

Yang menghairankan, bahagian bengkak yang jarang menimbulkan rasa sakit ini seolah-olah ‘hilang’ apabila dalam kedudukan berbaring. Mungkin ini menyebabkan ada lelaki mengabaikan gejala angin pasang.
Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai hernia. Hernia yang berlaku di celah paha juga dipanggil inguinal atau groin hernia. Hernia jenis ini lebih ramai dihidapi oleh lelaki.

Risiko seorang lelaki menghidap hernia ini adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita, malah sebahagian besar bayi yang baru lahir dan kanak-kanak yang menghidap hernia ini juga adalah lelaki.

Menurut Pakar Bedah dan Laparoscopy Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Jonah Azariah, hernia disebabkan satu benjolan organ atau tisu yang masuk melalui bukaan abnormal pada bahagian abdomen. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on July 22, 2011 in Angin Pasang

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.